Thursday 25 September 2014

KENALI HAID ANDA

HAID ANDA


Banyak wanita yang keliru dengan masa haidnya,

ada yang haidnya terputus-putus, sampai dia harus mandi hadas berkali-kali.

Ada yang mengalami perubahan kitaran, kadang-kadang singkat, kadang-kadang lama.

Bahkan banyak juga wanita yang masih keliru membezakan antara darah haid dan istihadhah.

Pengetahuan tentangnya sangat berkai rapat dengan hukum solat, puasa, haji, pernikahan dan

sebagainya


Maksud Haid

Menurut bahasaHaid bererti sesuatu yang mengalir.

Dan menurut istilah Syara’ ialah secara darah yang terjadi pada wanita semulajadi, bukan karena sesuatu sebab, dan pada waktu tertentu.

Istilah dari segi syarak inilah penting untuk membezakan antara darah haid, istihadhah dan nifas.

Dimana ketiganya jenis darah ini lazim dialami oleh kaum wanita.

Darah haid bersifat normal, bukan disebabkan oleh suatu penyakit, luka, keguguran atau pun kelahiran.


Hikmah haid

Seperti yang kita ketahui, darah haid berasal dari penebalan dinding rahim dalam proses pembentukan janin selepas proses persenyawaan




Oleh sebab itu, seorang wanita yang hamil, tidak akan mendapatkan haid lagi,

Begitu juga dengan wanita yang menyusu badan, biasanya tidak akan mendapatkannya terutama diawal masa penyusuan.

Allah S.W.T adalah sebaik-baiknya pencipta, yang telah menciptakan gumpalan darah di rahim seorang ibu sebagai sumber makanan bagi janin didalamnya, yang tentu saja dia belum mampu mencerna makanan apalagi mendapatkan makanan dari luar kandungan.

Maha Bijaksana Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah mengeluarkan darah tersebut dari rahim seorang wanita yang tidak hamil melalui kitaran haid karena memang tidak memerlukannya.


Usia wanita yang mengalami haid

Haid pada umumnya dialami oleh seorang wanita pada usia antara 12 sampai dengan 50 tahun,bergantung pada individu


Tempoh masa haid teratur

Kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari, manakala tempoh paling lama ialah 15 hari berserta malamnya atau lebih sedikit daripada itu, iaitu 17 hari menurut riwayat daripada Imam Ahmad.
Jumhurul ulama berpendapat tempoh minimum haid ialah sehari semalam.

Jika seseorang itu didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari, maka keadaan tersebut tidak dikira sebagai tempoh haid.

Darah yang keluar lebih atau kurang daripada tempoh yang disebut, merupakan darah istihadah, di mana wanita berkenaan wajib melakukan ibadah.


Masa Haid yang Tidak Teratur

Ada beberapa wanita yang mengeluh masa haidnya biasanya enam sampai tujuh hari, tetapi tiba-tiba berubah sampai lebih dari masa kelaziman tersebut.

Ada juga yang mengeluh, biasanya waktu haidnya diawal bulan, berubah menjadi diakhir bulan.

Sebagian lagi mengalami masa haid yang terputus-putus, sehari haid, kemudian sehari berhenti, esoknya haid lagi dan seterusnya.


Sifat Darah Haid

Darah haid pada umumnya berwarna merah kehitaman dan berbau tidak sedap dan keluarnya tidak lancar seperti keluarnya urine, serta terjadi dalam tempoh tertentu.

Seorang wanita yang mendapati darahnya berwarna kuning seperti nanah atau keruh antara kekuning-kuningan dan kehitam-hitaman,

Jika hal itu terjadi pada saat masa haid atau bersambung dengan haid sebelum suci, maka itu adalah haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid.

Tetapi jika terjadi sesudah masa suci, maka hal itu bukan lah darah haid.

No comments:

Post a Comment